Wanita adalah mahluk tuhan yg paling indah kalau kata tman-temanqu
wanita itu mahluk tuhan yang paling eksi hee.mari kita simak lagi lebih lanjut Do'a
wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia.” Hal dibawah ini dipaparkan keistimewaan dari
wanita:
1. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang membahagiakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang
takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.
4. Barang siapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya
seperti melakukan amalan bersedekah.
5. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak
perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang
ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab
Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah
SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
SWT.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa
istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya.
Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga
sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di
medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi
wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang
Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.
Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyaklah
bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.
Semoga bermanfaat bagi anda semua . . .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar